Anda pernah ke pulau pinang?? Salah satu tempat yang terkenal dengan feri dan juga perkhidmatan feri di butterworth.. tapi  pernah kah anda tahu bahawa pulau pinang mempunyai satu tempat destinasi yang sangat menarik sekiranya anda ingin memancing dan bagi yang mengidam seafood..

Anda pasti menyesal sekiranya anda telah sampai ke Pulau Pinang tanpa sempat pergi ke Pulau Aman ni.. apa yang seronok sangat kat Pulau Aman ni?

Pulau Aman merupakan sebuah pulau dari gugusan pulau-pulau yang ada di pulau pinang. Pulau aman ni terletak di suatu kawasan yang dikelilingi dengan air laut yang sangat bersih dan jernih..

Pulau aman terletak di dalam kawasan Batu Kawan dan Bukit Tambun yang mana lokasinya terletak antara jambatan pertama dan jambatan kedua pulau Pinang.

Antara aktiviti dan perkara menarik yang anda boleh dapati di Pulau Aman ni ialah:

  • Bot ke Pulau Aman

JF2

http://blogspot.budakletrik.com.my

Di pulau aman ni, anda boleh mendapatkan bot yang tambangnya sangat murah. Bot ini disediakan di Jeti Batu Musang..

Di mana anda boleh menaikinya untuk menuju ke Pulau Aman.. Melancong bersama kawan-kawan atau saudara mara di Pulau Aman ni memang sangat release tension..

Suasana laut yang sangat tenang jarang di dapati di kawasan Bandar.. Jangan lepaskan peluang ni.. Bot yang disediakan juga sangat luas di dalamnya di mana anda boleh menikamati suasana angin laut ketika di atas bot.. Jangan risau bagi yang mabuk laut, sebab bot ni tak lama pun perjalanan dia.. Hanya 20 minit sahaja.

JF5

http://blogspot.budakletrik.com.my

  • Aktiviti memancing

Anda boleh lihat seperti yang di atas dia mana anda boleh memancing sesuka hati di Pulau Aman.. Memang sangat seronok sambil di tiup udara sepoi-sepoi bahasa dan memancing ikan.. aktiviti kesukaan anda yang mungkin sukar untuk di lakukan di tempat anda.. tapi tidak lagi di sini..

Boleh memancing sambil menikmati suasana di pulau aman.. Bestnyerr

Jarang sekali bila anda ke suatu tempat pelancongan yang anda dapat menikmati pelbagai aktiviti juga anda dapat duduk di dalam suasana flora dan fauna yang bersih dan tidak tercemar..

Lihatlah, air laut yang sangat tenang dan jernih, pasti banyak ikan di dalamnya.. Sambil menyelam minum air.. Sambil memancing anda juga jangan lepaskan peluang untuk merelax kan otak dari segala masalah yang datang di tempat kerja.. Enjoy dengan memancing..

JF6

http://blogspot.budakletrik.com.my

  • Restoran Terapung Pulau Aman

Antara satu perkara menarik dan juga menjadi tarikan pelancong yang ke Pulau Aman ini ialah Restoran Terapung yang betrul-betul dibina diatas air.. Suasana yang cantik dan aman disekitar Restoran Terapung ini mengujakan setiap pelancong yang datang ke sini.

Suasana angin sepoi-sepoi menjadi satu keseronokan pelancong yang makan di restoran ini.. Anda pasti juga akan teruja sekiranya anda dapat menjejakkan kaki ke sini..

Tentang makanan yang disediakan jangan anda khuatir, sangat-sangat istimewa makanan yang ada di Restoran ini.. Tentulah bagi anda yang gemar akan makanan laut, di sini lah tempat destinasi anda yang pasti membuatkan anda teringat selepas sekali ke sini..

Anda boleh pesan apa sahaja makanan laut kegemaran anda dan makan sambil menikmati suasana laut yang bersih dan segar.

JF4

http://blogspot.budakletrik.com.my

  • Menikmati mee udang

Salah satu tarikan di Pulau Aman ni ialah Restorannya berada di atas air, atau lebih tepat lagi memang bersebelahan dengan laut.. Mee udang antara makanan terkenal yang disediakan di Pulau Aman..

Kebanyakan orang yang datang ke Pulau ini, tidak boleh menolak dari merasa mee udang yang di sediakan kerana udang yang dimasukkan ke dalam mee itu besar dan sangat sedap..

Tambahan lagi, udang yang fresh di ambil direct dari laut untuk dihidangkan kepada pelanggan..

Jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini dan menikmati mee udang fresh ini..

JF3

http://blogspot.budakletrik.com.my

  • Menikmati makanan laut dengan pelbagai masakan

Makanan laut juga menjadi satu lagi tarikan di Pulau Aman ini.. Disebabkan makanan laut yang segar, ramai yang memilih untuk menikmatinya sendiri di gerai berhampiran..

Antara tarikan yang paling banyak mendatangkan pelanggan ke Pulau Aman adalah makanan laut ini..

Anda boleh pilih sendiri dan minta makanan laut anda di masak dalam apa jenis masakan sekalipun.. pastinya ia akan menggiurkan anda disebabkan rasa yang segar dan enak yang hadir dalam makanan laut ini..

Apa tunggu lagi?? Marilah ajak saudara mara, kakak adik mak ayah untuk ke sini hari ini.. Tempah sekarang dan jangan tunggu lagi.. habiskan cuti anda di Pulau Aman, anda pasti tidak menyesal..!!!