A Guide for New Anglers

 

Memancing dahulunya adalah dianggap sebagai salah satu cara untuk menghidangkan makanan dan kini telah menjadi salah satu sukan yang kompetitif di dunia. Individu pada masa kini lebih gemar untuk mencuba aktiviti memancing. Sesetengah menganggap aktiviti memancing sebagai satu hobi manakala ada juga yang hanya mencuba untuk sekadar pengalaman. Apa yang dapat saya rumuskn aktiviti memancing adalah sukan yang memerlukan tumpuan yang terperinci dan teliti. Berbeza dengan sukan tradisional yang lain seperti bola sepak, memancing memerlukan peralatan yang berbeza mengikut persekitaran. Oleh itu, saya telah menyediakan panduan mudah bagi individu yang baru mula berjinak untuk memulakan aktiviti memancing!

Melalukan Penyelidikan!

Ia adalah sangat penting untuk anda melakukan penyelidikan mengenai destinasi yang dituju walaupun ia adalah sebuah kolam atau laut yang terbuka. Lebih banyak yang anda tahu, ia lebih baik. Berikut adalah beberapa langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk persediaan:

  • Sejauh mana lokasi memancing daripada bandar?
  • Apakah ramalan cuaca hari ini?
  • Adakah terdapat gerai makanan yang berdekatan?
  • Apakah jenis-jenis ikan yang  boleh ditangkap di kawasan itu?
  • Berapakah kedalaman air di tempat yang anda pancing?
  • Adakah anda memerlukan panduan memancing atau pemancing yang berpengalaman untuk turut serta?

Saya akan menggalakkan anda untuk membawa sekurang-kurangnya seorang pemancing yang berpengalaman untuk turut serta memancing. Pemancing yang berpengalaman kebiasaannya akan memberikan anda tips dan helah untuk memancing/mendapatkan ikan!

Memahami Prosedur Asas

Terdapat beberapa perkara asas yang perlu pemancing baru belajar sebelum keluar memancing. Ia adalah:

  • Ikatan Knot – Mengikat simpulan knot memancing adalah kemahiran asas memancing. Simpulan tali adalah hubungan antara pemancing dan ikan: Ia adalah sangat penting untuk mengetahui bagaimana untuk menyimpul dengan betul dan ikatan yang sesuai digunakan bergantung kepada situasi bagi memastikan aktiviti memancing lancar.
  • Memasang umpan bagi ikan dan umpan kepada cangkuk – Terdapat pelbagai teknik untuk melakukannya. Ia berbeza bergantung kepada umpan yang digunakan oleh and tetapi tujuannya adalah untuk memastikan ia melekat kepada cangkuk dan memastikan cangkuk itu tidak kelihatan kepada ikan.
  • Casting – perbuatan membaling umpan menggunakan tali memancing yang dipasang kepada joran, Teknik yang biasa biasa digunakan adalah memetik joran dari belakang, terus ke arah air. Atas tujuan keselamatan, sila lihat keadaan persekitaran anda sebelum melemparka joran bagi memastikan kail anda tidak tersangkut di pokok atau terkena orang lain.

positions
Source: http://www.mnflyfishing.com

Pemilihan Peralatan Memancing yang Sesuai

Memiliki peralatan memancing yang betul adalah penting. Anda boleh menentukan peralatan yang sesuai setelah anda melakukan penyelidikan. Bagi individu yang baru mula memancing, ia adalah memadai untuk memiliki ‘rod and reel’ yang biasa, tetapi ia bergantung kepada lokasi dan jenis ikan yang anda ingin tangkap. Anda perlu menentukan jika anda memerlukan persediaan yang ringkas, sederhana atau berat.

Umpan adalah Perkara Utama dalam Memancing!

Anda perlu tahu jenis ikan yang ada ingin tangkap dan daripada siti anda boleh menentukan jenis umpan yang boleh menarik perhatian mereka. Kulit ayam yang mentah serta organ adalah jenis umpan yang biasa digunakan bagi menarik perhatian ikan seperti Pacu, Ikan Keli, Ikan Sultan dan banyak lagi. Bagi anda yang inginkan cabaran, anda boleh menggantikan umpan dengan ‘lure’. Tetapi anda perlu melakukan penyelidikan mengenai jenis ‘lure’ yang paling sesuai kerana terdapat pelbagai jenis ‘lure’. Saya ingin menekankan betapa pentingnya langkah ini kerana jika anda menggunakan umpan atau ‘lure’ yang salah, ia boleh menyebabkan aktiviti memancing anda sia-sia.

Pilih Pakaian yang Selesa dan Bersedia untuk Memancing!

  • Aktiviti memancing kebiasaannya mengambil masa yang lama malah boleh mengambil masa separuh haru, Oleh itu, memakai pakaian yang sesuai adalah sangat penting. Jika anda memancing di Malaysia, anda digalakkan memakai pakaian yang nipis dan berangin kerana cuaca yang sangat panas terutamanya pada waktu tengahari. Pakai seluar dan kasut yang selesa juga. Anda juga digalakkan membawa topi, “sunblock”, baju hujan dan tuala muka. Sesuatu kalis air juga sesuai bagi aktiviti ini.
  • Bersedia dengan makanan! Kebanyakan tempat memancing tidak kira di dalam bot atau di kolam, kebiasaaanya tidak mempunya banyak pilihan makanan. Sesetengah tempat tidak langsung menyediakan makanan oleh itu, siap sedia dengan snek dan makan tengahari serta bawa air yang secukupnya bagi memastikan anda bertenaga dan kekal hidrat!
  • Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup pada malam sebelum memancing. Aktiviti memancing memerlukan perhatian, kesabaran dan keazaman. Oleh itu pastikan anda bersedia untuk melawan ikan!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan pemandu pelancong untuk aktiviti memancing anda, sila emelkan pertanyaan anda ke hello@jomfishing.com!